Guarana (BUAH AJAIB)
Guarana atau nama botaniknya “Paullinia Cupana” adalah sejenis tumbuhan rotan menjalar yang berasal dari basin Amazon di Brazil. Buahnya bergugus-gugus. Setiap gugus boleh mencapai 25cm panjang dan mengandungi lebih kurang 50 biji buah. Apabila masak warnanya akan bertukar menjadi merah dan seraput luar akan merekah. Setiap buah yang masak mengandungi 1-3 biji benih yang berbentuk biji mata.
Guarana atau nama botaniknya “Paullinia Cupana” adalah sejenis tumbuhan rotan menjalar yang berasal dari basin Amazon di Brazil. Buahnya bergugus-gugus. Setiap gugus boleh mencapai 25cm panjang dan mengandungi lebih kurang 50 biji buah. Apabila masak warnanya akan bertukar menjadi merah dan seraput luar akan merekah. Setiap buah yang masak mengandungi 1-3 biji benih yang berbentuk biji mata.
Lokasi 
Ladang Guarana
 Brazil adalah satu-satunya Negara di dunia yang menanam dan menghasilkan Guarana. 
Cuaca dan keadaan geografinya paling sesuai untuk tujuan ini. Kawasan yang 
paling banyak menghasilkan Guarana ialah di sekitar Maues, sebuah bandar ke arah 
timur bandar Manaus. Pada tahun 1980, Maues membekalkan 80% keperluan kawasan 
seluas 6000 hektar telah ditanami demean Guarana.
Kenapa 
Guarana dikenali sebagai BUAH ATMA JIWA.
Purata jangka hayat puak asli Red Indian di bandar Maues adalah lebih daripada 
80 tahun. Menurut perangkaan yang dikemukan oleh Dr. Eduado, bagi setiap 1000 
orang penduduk di Meaus, terdapat 3 orang yang umurnya lebih daripada 100 tahun. 
Faktor utama yang membantu mereka hidup hingga berusia lanjut begini ialah 
manfaat yang mereka perolehi dari Guarana yang tumbuh dengan banyaknya di 
kawasan ini. Jesteru, bandar Maues dikenali seluruh dunia sebagai “bandar 
panjang umur”.
Guarana amat berkhasiat kerana ia mengandungi lebih daripada 10 jenis asid 
amino, zat galian dan vitamin-vitamin yang diperlukan oleh badan manusia. Zat –zatnya 
mudah diserap oleh sel-sel badan dan dapat membantu memulihkan struktur sel 
badan kita, memelihara organ-organ badan dengan baik dan seterusnya membantu 
kita hidup hingga berusia lanjut. Kerana khasiatnya yang sangat tinggi, mereka 
yang mengamalkan memakan Guarana akan menjadi sihat, bertenaga, awet muda, dan 
hidup hingga lanjut usia. Kerana itu wajarlah Guarana ini digelarkan sebagai 
BUAH ATMA JIWA. 
Asal-usul Guarana
Terdapat satu dongeng di kalangan orang asli yang tinggal di basin Amazon 
mengenai asal usul Guarana. Kononnya ada seorang budak lelaki yang cerdik dari 
suku kaum Maues. Budak ini seorang periang, baik hati dan disayangi oleh semua 
orang. Ini menimbulkan perasaan dengki di kalangan jin. Satu hari, ketika budak 
itu sedang memetik buah-buahan di lereng bukit seorang diri, jin menjelma 
sebagai seekor ular bisa lalu mematuk budak itu dan menimbuskannya. Kemudiannya 
beberapa jenis pokok rotan yang tidak dikenali terjumpa di kawasan itu. itulah 
Guarana yang bentuknya macam bentuk mata seperti yang ada sekarang ini.
Satu 
dongeng lagi mengesahkan tentang seorang budak perempuan dari suku kaum Cibi 
bernama Pakuna. Gadis ini berasal dari sebuah keluarga miskin dan terpaksa 
bekerja untuk menampung kehidupan keluarganya. Dia mati dipatuk ular bisa dan 
mayatnya dikebumikan di belakang hutan. Beberapa tahun kemudian, di kubur Pakuna 
tumbuh sejenis pokok rotan yang tidak dikenali dan mengeluarkan buah. Buah-buah 
itulah sekarang ini dipanggil Guarana yang digunakan untuk membantu meningkatkan 
kesihatan manusia. 
Penemuan Guarana 
Pada 
tahun 1669, seorang mubaligh Jerman bernama Joao Felipe Betendorf, menjumpai 
Guarana semasa mengembara dalam hutan hujan di basin Amazon. Beliau membawa 
Guarana itu keluar dari hutan dan menjalankan penyelidikan ke atas buahnya. 
Hasil dari penyelidikan itu, seluruh dunia sekarang berpeluang menikmati buah 
yang sangat berkhasiat ini.
Penemuan Guarana 
Pada 
tahun 1669, seorang mubaligh Jerman bernama Joao Felipe Betendorf, menjumpai 
Guarana semasa mengembara dalam hutan hujan di basin Amazon. Beliau membawa 
Guarana itu keluar dari hutan dan menjalankan penyelidikan ke atas buahnya. 
Hasil dari penyelidikan itu, seluruh dunia sekarang berpeluang menikmati buah 
yang sangat berkhasiat ini.
Selamat 
untuk dimakan
Jabatan FDA di Amerika Syarikat dan Institut Pasteur di Perancis telah 
mengesahkan Guarana sebagai makanan kesihatan semualajadi. Fakulti perubatan 
Universiti St Paul juga menbuktikan Guarana adalah bebas dari segala unsur-unsur  
racun. Analisa yang dibuat oleh Laerte dall’ Agnol, seorang ahli farmasi, ke 
atas kandungan Guarana mengesahkan Guarana adalah kaya dengan asid amino dan 
bebas dari segala unsur-unsur racun. Para pengguna diberi jaminan nikmat dan 
manfaat yang akan mereka perolehi menerusi pemakanan Guarana.
Vitamin dan Zat Galian dalam Guarana
Guarana adalah kaya dalam asid amino; banyak jenis zat galian, vitamin, 
karbohidrat, tanin dan alkaloid. Ia merupakan salah satu jenis tumbuhan yang 
paling berkhasiat dalam dunia.
  Pelbagai jenis khasiat
| 
AcidAmino | 
-        
    valine          
    -    proline 
-        
    cystine         
    -    glycine 
-        
    alanine         
    -    histidine 
-        
    leucine       
      -    glutamate 
-        
    lysine           
    -    tyrptophan 
-        
    tyrosine        
    -    isoleucine 
-        
    methionine   
    -    Benzedrine 
    -        
    serine           
    -     asparagine | 
Alkaloid | 
 Vitamin | 
    Fosforus 
    Zink 
    Kalsium 
    Ferum 
    Kalium | 
    Zat Galian | 
| 
    B 1 
    B 2 
    B 6 
    B 12 
    E | 
Mengenai Asid Amino
Asid 
Amino adalah komponen asas protein. Protein pula adalah satu-satunya zat dalam 
makanan kita yang mengandungi nitrogen. Ia bukan sahaja merupakan komponen utama 
dalam penbentukan tisu badan tetapi juga unsur utama dalam penstabilan dan 
pengubahsuain fungsi-fungsi biologi badan kita.
Asid 
Amino noleh dibahagikan kepada 3 kategori : Perlu, Separuh Perlu dan 
Tidak Perlu. Asid Amino dari jenis “Perlu” hanya wujud dalam makanan 
kita dan tidak boleh dihasilkan oleh badan. Daripada 8 jenis Asid Amino 
“Perlu” yang terdapat dalam makanan kita, 7 daripadanya boleh didapati dalam 
Guarana. Badan manusia boleh menghasilkan Asid Amino “Separuh Perlu’ 
dalam jumlah yang kecil dan terhad. Jika diperolehi dari makanan, ia akan 
membantu dalam tumbesaran badan. Terdapat 2 jenis Asid Amino “Tidak Perlu”.
Sama ada Asid Amino Perlu, Separuh Perlu atau Tidak Perlu, kesemuanya 
meyumbangkan ke arah pembentukkan protein dan masing-masing mempunyai nilainya 
yang tersendiri.
Fungsi Asid Amino dalam badan Manusia
Apabila manusia memakan makanan yang mengandungi protein, system penghadaman 
akan menghadam dan mengasingkan protein kepada banyak jenis asid amino yang akan 
diserap ke dalam darah. Darah akan mengalir dan membawa asid amino tersebut ke 
seluruh badan. Sel-sel yang beraneka jenis yang ada dalam badan kemudiannya akan 
memilih asid amino yang diperlukan lalu membentuk tisu-tisu baru, antibody, 
enzim, hormon, sel-sel darah dan elemen-elemen lain.
Badan yang sihat memerlukan jumlah bekalan asid amino yang mencukupi. Guarana 
yang kaya dengan asid amino dapat membantu badan kita menerima jumlah asid amino 
yang cukup. Asid amino yang diserap oleh badan kita mempunyai fungsi-fungsi 
berikut:
- membaik pulih tisu
- menjana haba
- menghasilkan tisu baru
- membentuk lendiran badan
- mengekalkan paras oli yang seimbang dalam badan
- membantu elemen-elemen dalam badan untuk menyerap dan mengangkut
- membentuk protein plasma merah
Golongan remaja memerlukan jumlah protein yang paling banyak berbanding dengan 
kumpulan usia yang lain. Keperluan jumlah protein memuncak dalam lingkungan usia 
16 hingga 19 tahun bagi budak lelaki, manakala budak perempuan dalam lingkungan 
13 hingga 15 tahun. Setiap jenis asid amino memainkan peranan yang berlainan. 
Tanda-tanda atau simpton-simpton yang menggangu akan muncul jika badan kita 
kekurangan mana-mana satu jenis asid amino ini.
Fungsi Vitamin terhadap Badan Manusia dan simpton Kekurangan Vitamin
Vitamin merupakan sejenis unsur organic. Badan kita tidak dapat menhasilkan 
vitamin dengan sendirinya. Vitamin diperlukan untuk mengekalkan kesinambungan 
hidup : merangsangkan tumbesaran badan, mengawal protein, lemak, glukosa dan 
unsur-unsur lain. Ia juga diperlukan dalam proses metabolisma. Guarana 
mengandungi vitmatin-vitamin B1, B2, B6, B12, dan E. sekiranya badan tidak 
dibekalkan demean vitamin yang mencukupi, ia akan meyebabkan timbulnya 
anda-tanda dan simpton-simpton yang berikut:
| 
    Vitamin | 
    Tanda dan simpton (jika kekurangan) | 
| 
    B1  | 
    Denyutan jantung yang tidak lancar, sesak nafas, 
    sembelit, rasa tertekan dan muram (dysthmic), lemah ingatan dan reaksi 
    lambat. | 
| 
    B2  | 
    Mata mudah silau, mudah keluar air mata, bengkak, 
    gatal-gatal di soket mata, kulit berkedut dan luka-luka kecil di tepi mulut. | 
| 
    B6 | 
    Cirit-birit, bisul dubur, anemia, loya, 
    kelemumur, gelegata di siku. | 
| 
    B12  | 
    Darah gemuruh, pusingan haid yang tidak menetu, 
    bau aneh yang tidak menyenangkan. | 
| 
    E | 
    Anemia, prostate kembang, lekas tua, susutan 
    otot. | 
Zat Galian
Zat 
Galian membentuk 5% dari jumlah berat badan kita. Ia merupakan unsur utama dalam 
pembentukan gigi dan tulang rangka badan. Ia memberi kesan terhadap keseimbangan 
PH badan, kecergasan rangsangan dan tarikan otot dan saraf dan keaktifan. 
Guarana mengandungi Kalsium, Besi, Kaliu, Zink dan Fosforus. Jika badan manusia 
menyerap jumlah zat galian secukup, tanda-tanda dan simpton-simpton yang berikut 
dapat dihindarkan.
| 
    Zat Galian | 
    Tanda dan simpton (jika kekurangan) | 
| 
    Kalsium | 
    Darah gemuruh, panas baran, sendawa, insomnia (susah tidur) | 
| 
    Besi | 
    anemia (kurang darah), daya pemikiran kusut, lemah daya ingatan. | 
| 
    Kalium | 
    Punguncupan otot dan tindak balas terganggu, kurang tenaga, bengkak (edema) | 
| 
    Zink | 
    Fungsi hormon testosterone terganggu | 
| 
    Fosforus | 
    Tumbesaran gigi dan tulang yang tidak sihat, osteoporosis, tulang rapuh, 
    tidak ada selera makan. | 
Tanin
Guaran kaya demean Tanin. Tanin dapat memperbaiki badan, menguatkan fungsi 
kencing meneutralkan unsur-unsur asitik dalam darah, membersihkan usus, 
menghentikan cirit-birit dan menggalakkan pembekuan darah di tempat luka. Ia 
juga berguna untuk bengkak-bengkak (edema), penyakit kencing manis, cirit-birit,, 
sembelit dan system penghadaman. Jika Guarana digunakan  secara luaran, 
keupayaan menyerapkan dapat membersihkan lubang-lubang kulit dan menghapuskan 
bintikan merah (acne). Keupayaan mengecut pula dapat menolong mengecilkan lubang 
kulit menyebabkan kulit terasa halus dan lembut.
Enzim
Enzim adalah penggerak utama kesinambungan kehidupan. Enzim menolong metabolisma 
kerana badan manusia tidak boleh memproses zat-zat yang diserap untuk membentuk 
tisu yang baru. Enzim merupakan sejenis “pemangkin biologi” dan berada dalam 
sel-sel badan memangkin kadar tindak balas biokimia. Menurut Professor Hoshino, 
ketua Pusat Penyelidikan Enzim Mikrobiologi Jepun,beliau telah membuktikan 
bahawa enzim mempunyai keupayaan-keupayaan berikut:
- memperbaiki kualiti badan
- membersihkan darah
- menguatkan system penghadaman dan merangsang pencairan dan penyerapan.
- menguatkan system penghadaman dan fungsi penajaan semula.
- melengkapkan fungsi sel sepenuhnya
- meneutralkan unsure-unsur sacun dalam badan mengumuhkannya dari badan
- merangsangkan metabolisma sel.
Enzim diperbuat dari protein (satu tansformasi dari asid amino) dan ini dapat 
dihasilkan oleh Guarana. Protein, vitamin dan zat galian adalah amat penting 
kepada sel-sel badan.
Guarana membantu mencapai 15 jenis kesihatan
Zat-zat yang terdapat dalam Guarana mendatangkan kesan-kesan yang mengkagumkan 
dan telah memberi manfaat kepada mereka yang pentingkan kesihatan di seluruh 
pelusuk dunia. Secara ringkasnya, Guarana dapat menbantu mencapai 15 jenis 
kesihatan berikut: 
- Menghalang saluran darah jantung daripada tersumbat
Institut kardiologi Sao Paula menyatakan pada Persidangan Perubatan Antarabangsa (International Medical Conference) bahawa Guarana mempunyai kesan ke atas platelet darah. Ia dapat menghalangkan saluran darah dari tersumbat akibat pembekuan.
- memerangi Radikal Bebas
·     
Radikal 
bebas dihasilkan dalam system saraf, system imun dan system aliran darah. 
Kadang
kadang radikal bebas ini boleh merosakkan struktur utama sel-sel badan. Menurut buku “Escola Paultsa Be Medieina,1991” karangan Dr. Calini, Guarana boleh menghalangkan radikal bebas dan mencegah berlakunya mutasi sel.
kadang radikal bebas ini boleh merosakkan struktur utama sel-sel badan. Menurut buku “Escola Paultsa Be Medieina,1991” karangan Dr. Calini, Guarana boleh menghalangkan radikal bebas dan mencegah berlakunya mutasi sel.
- mengaktifkan sel-sel dan sistem saraf
·     sel-sel 
otak boleh menyerap asid amino yang terdapat dalam Guarana dengan mudah. 
Hasilnya dapat mempertingkatkan keupayaan otak, memperbaiki tahap kecerdikan, 
ingatan dan melambatkan penuaan sel-sel otak. Ia mujarab untuk merawat 
kesan-kesan yang timbul akibat saraf optic yang lemah dan juga angin ahmar. Ia 
juga dapat melegakan sakit kepala, sakit saraf, sakit sendi, lemah semangat dan 
simpton-simpton lain. 
- memperbaiki sistem penghadaman
·       
Guarana 
mengandungi pelbagai jenis enzim yang dapat memperbaiki pergerakan perut dan 
usus, penghadaman dan penyerapan zat-zat makanan. Ia juga berkesan menghentikan 
sembelit dan cirit-birit. 
 - melindungi hati
·    Guarana 
sentiasa mengaktifkan sel-sel hati untuk mencegahkan keracunan makanan, 
keracunan alcohol, pengerasan hati (cirhosis), asid lemak dan lain-lain. Ia juga 
berkesan bagi menghilangkan kesan peluh, jerawat, kepenatan, strok panas dan bau 
nafas. 
- menyegarkan
·   asid 
Benzedrin dan tryptophan mempunyai fungsi penyegaran yang hebat. Guarana adalah 
berbeza dari alkaloid kopi dan tea. Ia menghilangkan keletihan tanpa menyebabkan 
kesan sampingan dan ketagihan. 
- merendahkan kolesterol dan asid lemak
·     Guarana 
boleh menguatkan dinding saluran darah, menghalang antherosclerosis, 
membersihkan ketumpatan darah, membaiki tekanan darah, mengimbangkan glukosa dan 
mencegahkan penyakti kencing manis. System penjanaan darah yang diperkuatkan 
dapat memperbaiki aliran darah, melegakan anemia dan menghindarkan kesejukan 
kaki dan tangan, pening, migrain dan keguguran rambut. 
- menguatkan sistem imun
·     penyelidikan 
oleh pakar menunjukkan unsur utama yang digunakan untuk menghasilkan antibodi 
adalah protein. Dengan bertambahnya daya imun, kemungkinan diserang oleh virus 
akan berkurangan- sama seperti orang asli di Maues yang dapat hidup lama dalam 
keadaan lasak berbanding orang lain. 
- awet muda
·   Dr. Ana Aslan 
mendapati penduduk di Amazon yang memakan Guarana setiap hari tidak menghadapi 
masalah kulit yang kedut, bintikan merah (acne), mempunyai otot yang lebih 
tegang dan tidak menghadapi masalah tisu kulit berbentuk sarang lebah (phlegmon) 
dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan penjagaan kulit.
·    Dr. Gomes menyatakan 
bahawa Guarana boleh merangsangkan hati untuk menghasilkan HDL yang dapat 
membantu membersihkan darah yang ada dalam arteri dari kolestrol, menghindarkan 
rasa lemah dan mengelakkan dari lekas tua.
·   Guarana 
merangsangkan metabolisma organ dalaman, menjadikan badan dan otak sentiasa 
dalam keadaan sihat. 
- air kencing
· tanin 
berkesan untuk melawaskan kencing, menguatkan fungsi buah pinggang dan mencegah bengkak-bengkak. 
- menguatkan keupayaan seks
pakar 
rawatan seks, Dr. Aslan menyatakan “Unsur awet muda dalam Guarana sangat mengkagumkan dan sebab itulah saya tidak memerlukan preskripsi rawatan seks yang 
ada pada saya”
·   beberapa 
orang professor di Brazil dan Eropah sependapat bahawa Guarana mempunyai 
keupayaan untuk memperbaiki kekuatan badan dan keupayaan seks. Ini kerana ia 
mengandungi vitamin B1, zink dan arginin. 
- penjagaan kulit dan kosmetik
 
guarana 
apabila digunakan luaran, zat-zatnya akan meresapkan masuk menerusi kulit, 
menggalakkan metabolisma kulit, mengecutkan lubang kulit dan membuat kulit 
kelihatan lembut dan licin. 
- mengurangkan bengkak dan menghentikan pendarahan luaran
·   tanin 
berfungsi membekukan darah dan seterusnya dapat mencegahkan bengkak, bisul dan 
menggalakkan kadar penyembuhan yang cepat tanpa meninggalkan parut. 
- menghilangkan rasa lapar
·  untuk 
mengurangkan berat badan, memakan Guarana untuk jangka masa yang panjang 
membolehkan seseorang itu rasa ceria tanpa menyebabkan ketagihan kepada Guarana. 
- menguatkan badan
·   memberi 
lebih tenaga, lebih kuasa imun, minda yang cerdas, semangat yang lebih baik dan 
badan yang lebih sihat. Jika dimakan pada waktu malam, ia dapat menguatkan nafsu 
seks. 

 
No comments:
Post a Comment