Khasiat serta manafaatnya terlalu banyak. Ia meningkatkan dan membantu sistem metabolisma, memperbaiki sistem pencernaan, dan sebagainya.
Ia membantu dan menyembuhkan :
~Sakit kerongkong,
~Batuk,
~Asthma,
~Selsema,
~Mengatasi keradangan,
~Memperbaiki dan melancarkan peredaran darah,
~Menambah pengaliran susu badan,
~Membekalkan tenaga segera,
~Menambah jumlah bilangan sperma,
~Menstabilkan sistem tunjang,
~Mengalakkan pertumbuhan rambut/menghalang keguguran rambut,
~Mengatasi kulit berkedut,
~Menambah ‘tone’ badan,
~Disentri kronik,
~Diabetes mellitus,
~dan banyak lagi.
Habbatus Sauda kaya dengan nilai pemakanan:
~Monosaccharide glukosa, xylosa thymoquinone, dithymoquinone, thymohydroquinone, thymol dan banyak lagi.
~Polysaccharide (sumber yang sangat berguna dalam kaedah keperluan pemakanan berserat).
~Fatty acid yang tidak tepu (EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan)
~Amino acid (membentuk protein)
~Vitamin (A, B, B2, C dan Niacin).
~Mineral (Calcium, Potassium, Iron, Zinc, Magnesium dan Selenium).
Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
Anti-Tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
Anti-Bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
Anti-Radang
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
Menambahkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
KENYATAAN PAKAR
"Habbatus
Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, bronchitis, masalah
perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut /
haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan
sebagainya". Ibnu Qayyim- Buku Ibnu Qayyim (Medicine of the Prophet)
"Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat".
Ibnu Sina - Buku Ibnu Sina (Canon of Medicines)
“Nigella sativa commonly known as love in the mist a beautiful Middle Eastern Herb with many use"
Dr. Micheal Tierra. L.A.C, O.M.D.Pengarang buku Planetary Harbology
“Habbatus Sauda’ memiliki peranan yang penting pada pencegahan tumor dan kanser.Pada penggunaannya dalam waktu yang lama minyak Habbatus sauda’ memperkuat sistem kekebalan tubuh. Selain itu dapat mempercepat pembelahan sel”.
Dr. Stanley Kopok, University of Arizona, USA
“Habbatus sauda’ kaya akan beta-sitosterol, yang diketahui memiliki kemampuan mencegah kanser".
Dr. Michael Tierra L. AC. O.M.D.
"Dengan mengkonsumi Nigella Sativa dapat melawan kelelahan”.
"Sebagai tambahan sebaiknya habbatus sauda’ dimakan dengan Royal Jelly dengan perbandingan 2:1”.
Dr. Mohammed Saleh, Kairo-Mesir
"Ekstrak habbatus sauda’ memiliki khasiat anti-tumor tanpa kesan sampingan seperti apa yang terjadi pada Kemoterapi dan penyinaran”.
Study of Nigella sativa on humans, University of South Carolina. USA
"Pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan"
Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA)
“Habbatus sauda’ mempunyai lebih dari 100 bahan aktif dengan berbagai khasiat penyembuhan. Salah satunya adalah impotensi.”
Dr. Peter Schleicher, M. D. / Dr.Mohammed Saleh, M.D., Egypt (Black Cumin, The Magical Egyptian Herb)
“Habbatus sauda’ terbukti memiliki kesan aktiviti anti-histamin, anti-oxidant, anti-biotic, anti-mycotic dan penghambat Bronchitis”.
Study of Black Seed Oil on Humans, American Scientists
“Kombinasi bahagian lipid dan struktur hormon dalam Nigella Sativa dapat meningkatkan air susu bagi ibu menyusui”
University Pochefstroom
”Terapi baru yang efektif, mudah dicerna dan tidak mahal pada penyakit alergi adalah penggunaan asam lemak tidak jenuh dari minyak biji tanaman, terutama minyak Nigella Sativa”.
Dr. Lutz Bannasch, München - Jerman
”Nigella Sativa mengandungi minyak eter yang dapat membantu pencernaan & mengurangi masalah usus ”.
Prof. Dr. Hildebert Wagner, Institut fur Pharmazeutische Biologie, München - Jerman
"Nigella Sativa mengandungi asam lemak tak jenuh, Linoleic & Gammalinolenic yang masuk dalam tubuh. Asam ini memungkinkan untuk pencapaian sintesis yang merupakan sistem kekebalan tubuh yang penting menyebabkan penyakit kronik seperti jerawat dan demam karena alergi, hingga kanser ”.
Dr. Peter Schleicher, M. D., Immunologist, Munich Germany
"Kajian telah dibuat terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Riyadh menunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%".
Dr. Haq
"Meningkatkan fungsi kekebalan tubuh”.
US. Patents Section, Antiviral Agents Bulletin # 5, 482, 711
"Habbatus sauda’ merangsang sumsum di tulang & imuniti sel serta pengeluaran terferon, melindungi sel-sel normal melawan virus perusak sel, melawan sel tumor, dan meningkatkan antibodi yang mengeluarkan sel B”.
Cancer Immuno-biology, South Carolina
”Habbatus sauda’ terbukti menyembuhkan 70 % penderita alergi, termasuk di dalamnya alergi serbuk dan debu juga jerawat, serta neurodermitis (penyakit kulit), asthma dan lemahnya daya kekebalan tubuh. Mengambil habbatus sauda’ secara teratur dapat menahan secara baik penyakit flu”.
Dr. Peter Schleicher, Immunologie, München-Jerman
salam
ReplyDelete