Dalam perubatan Sunnah, terdapat 5 kaedah yang perlu ada pada setiap muslim iaitu:-
1. IMAN
Setiap muslim perlu beriman dan percaya pada kuasa Allah
 SWT yang memberikan sakit dan menyembuhkannya. Perlu yakin dengan ubat 
yang Allah SWT kurniakan kepada hambanya seperti yang dinyatakan di 
dalam al-Quran iaitu madu dan habatus sauda’.
 Dengan madu dan habatus sauda’ dapat mengubati semua penyakit kronik 
kecuali mati. Sesungguhnya mati itu pasti bagi semua makhluk yang hidup 
di dunia ini.
2. AMAL
Beramal dengan sunnah Nabi Muhammad SAW di samping 
mendapat pahala mengamalkannya dapat juga kebaikan dan kelebihan dengan 
mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW. Contohnya seperti:- 
a. Bersugi menggunakan kayu miswak atau sugi fadhilatnya dapat menghindarkan daripada sakit gigi berlubang serta gigi tidak akan reput. 
b. Menyimpan janggut bagi suami atau ketua keluarga fadhilatnya dapat mengubati keracunan makanan dengan menghisap hujung janggutnya. 
c. Makan secara berjemaah
 bersama keluarga dengan bertalam dapat mengeratkan hubungan sesama 
keluarga serta mengelakkan daripada menghadapi masalah rumahtangga. 
d. Menunaikan solat fardhu secara berjemaah di masjid terutamanya solat fardhu Suboh. Barangsiapa menunaikan solat fardhu Suboh secara berjemaah maka Allah SWT akan selesaikan segala urusannya pada hari tersebut.
d. Menunaikan solat fardhu secara berjemaah di masjid terutamanya solat fardhu Suboh. Barangsiapa menunaikan solat fardhu Suboh secara berjemaah maka Allah SWT akan selesaikan segala urusannya pada hari tersebut.
3. RUKYAH
Beramal dengan ayat-ayat al-Quran pada setiap waktu memohon perlindungan Allah SWT. Contohnya seperti:-
a. Beramal dengan ayat Qursi tiga kali sebelum tidur
 Allah SWT akan menjaga dirinya, ahli keluarganya, harta bendanya dan 
seluruhnya kampungnya daripada bala bencana dan kejahatan makhluk di 
dunia. 
b. Pada zaman Rasulullah SAW, terdapat seorang sahabat 
Rasulullah SAW yang dapat mengubati penyakit seorang sahabat lain yang 
sakit  dengan hanya membaca surah al-Fatihah sahaja kerana beliau yakin dengan surah al-Fatihah yang dibacanya itu. 
c. Berzikir "Laisalaha mindunillahi kaasyifah" ketika memasak supaya makanan yang dimasak mendapat keberkatan.
4. MAKANAN-MAKANAN ALAMI
Makanan-makanan sunnah seperti yang dinyatakan dalam 
al-Quran seperti madu, habatus sauda’, cuka buah, minyak zaitun, kurma 
dan lain-lain adalah makanan yang mempunyai banyak khasiat dan 
fadhilatnya. Contohnya seperti madu dan habatus sauda’
 dapat mengubati penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan 
penyakit kronik yang lain. Digalakkan mencampurkan cuka buah ke dalam 
makanan kerana ia bertindak sebagai penstabil pada makanan tersebut. 
5. BEKAM
Berbekam
 adalah amalan sunnah Rasulullah SAW yang diamalkan baginda bagi menjaga
 kesihatannya. Bekam juga telah dianjurkan oleh malaikat Jibril ketika 
peristiwa Israk dan Mikraj dimana malaikat Jibril berpesan beberapa kali
 kepada nabi Muhammad SAW supaya menyuruh umatnya berbekam.
KESIMPULAN
Demikianlah beberapa amalan sunnah Rasulullah SAW yang 
mempunyai banyak kelebihan dan fadhilat dalam perubatan Islam. Yakinlah 
bahawa setiap amalan sunnah memberikan fadhilat bukan sahaja di dunia 
malahan memberikan syafaat pada hari akhirat kelak. Insya Allah.
Wallahua’lam.
 
No comments:
Post a Comment